Monday, April 16, 2018

WALKING DEAD SEASON 8 RECAP

Jibek betul show ni..  Dah ujung mid season yang sangat meletihkan sebab  pacing dan flow cerita yang sangat slow.. Bermula epi 09 aritu dengan moment pemergian Carl- yeahh..  Some fans memang akan blah je dah dari jadi setia tunggul sebab dah tak ada reason untuk stay. Tapi perkembangan watak Simon nak sailang boss dia-Negan..  memang antara yang buat aku stay.  Perkara- perkara lain yang bt aku stay would be.  Rick jadi ganas tak pasal dan killing Saviors yang dah lepaskan ikatan dia di Epi 14.. Morgan tak habis- habis berdelusi ilusi..  Gabriel pun sama..  Lawak pulak kat situ..  Gregory still poyo lawak bendul bacul tapi pandai buat rule dan leader sekejap aritu sbl Maggie take over..  Kemunculan heli misteri dan satu lagi group offer pertolongan dan kemudahan dan Simon bunuh semua pengikut Jadis sampai satu episode tu jadi macam movie artsy gory yang sick dan syok pulak.. Where Jadis sumbat one by one ahli group dia kat dalam pengisar tu. Sedihhhh..  Kat moment tu aku soka.. Funny Eugene dengan bahasa dan gaya 80an dia siap ada muzik latar synth electro 80an lagi iringi dia aritu.. Or kegigihan Aaron mengajak geng Oceanside join team Rick buat aku bersabar lagi dengan show ni. The whole epi 13 dengan Simon attack Hilltop dan malam tu zombie hampir ruled Hilltop pun antara episode yang memuaskan hati..  Di mana tembak menembak antara Hilltop dan Savior tu syok.. Dan zombie yang lahir dari kalangan diorang yang terkena senjata Negan hasilkan campur isi dalam zombie tu pun syok..  Kehilangan kelibat Negan dari mata pengikut dia beberapa kali tu pula tak menarik walaupun konon nak terangkan motif kepetualangan dia selama ni.                                                   Finale tahun kelapan bermula dengan Ezekiel dan orang kanan dia kembali.jadi badass selepas boring ya amat sepanjang season plan mengarut..  Easy pulak win lost depa.  Rick bertanya Sadiq moment Carl sebelum luka tu teruk.  Pastu kesemua team Rick yang dah united dari Hilltop.. kingdom bergerak ke pelan palsu Negan yang dibuat pendua oleh Dwight dan dipass melalui Gregory.. Father Gabriel tiba tiba nak tolong Rick pulak alertkan plan Negan..  Mereka- geng Rick dan Saviors fronted where geng Negan berada di kedudukan atas bukit.. Mengikut kitab Art of War sun Tzu..  Orang yang berada di atas bukit tentu berpotensi tinggi menang..  Turns out pistol dan senapang yang diisi peluru ciptaan Eugene terpantul balik kat diorang.. Bapak gila badass..  Lawak pun ado gak.. Negan lari sehingga bergelut di bawah pokok bergaduh sambil berdialog dengan Rick.  Pasal Carl.  Pasal ketahanan motif diorang masing2. Rick berjaya melukakan tengkuk Negan tapi lambat pulak dia bertukar jadi zombie.  Drama di situ bila Maggie tak puas hati Rick tak tamatkan riwayat negan.. Dan Maggie berpakat pulak dengan Daryl dan Jesus..  (!) seorang yang asyik diragui motif dan nilai moral yang dia pegang. Gitulah hakikat insani.. Selalu berubah pendirian agaknya kihkih... Fans berteori worry yg Maggie bakal jadi villain baru tahun depan..  Or Oktober nanti kalau cerita ni diperbaharui kontrak tayangan dio..

Saturday, March 24, 2018

JACK WHITE Boarding House Reach (Third Man, Columbia, and XL 2018)

Lama gak tak dengar cerita Jack White... Tau tau je berlambak berita pasal album baru dia ni. Aku xchecked internet dan rasanya baru nampak review dia dalam The Star Jumaat semalam.. Terrusss cari kat internet.  Nampaknya intipati beliau kali ni ialah funky seperti Zappa..  ada juga cubaan menjadi Bowie dan Prince.. Bukan satu masalah pun untuk dia.  Mmg boleh kejar.  Tapi funk yang dia main memangla tak sepadu Nuno Bettencourt pada sound gitar..  Jack tetapla jadi diri dia sendiri di mana tengah tengah lagu kalau xmerayau menjadi alternative noise yang semacam Beck atau "punk" atau mesti jugak ada blues rock break dengan piano dia yg best seperti selalu..  Over and Over and Over..  Corporation.. Ice Station Zebra adalah funky dengan rujukan kepada 70s heroes eg.  Zappa,  Bowie seperti ku habaq tadi..  Abulia and Akrasia macam citer COCO nye lagu lak dengan suara lawak bercakap cakap larut dalam music yang sedap.  Respect Commander dan Get in the Mind Shaft bayangkan Beck tapi yg ni Jack White yang main haha..  What's Done is Done adalah merdu..  Rilek kejap dengan acoustic..  Humoresque pun aku suka..  Connected by a Love pun ada jiwa..

Saturday, January 27, 2018

NOEL GALLAGHER'S HIGH FLYING BIRDS Who Built the Moon (Sour Mash 2017)

Si adik back to basic and what he did good and best.. Si abang pulak datang dengan colorful dan selera yang tinggi untuk album dia.. Selepas ambik beberapa pengaruh artis lain yang dia minat.. Kita boleh namakan ini Noel punya album yang sangat berambisi dengan  "cilok" idea sebab minat sangat dengan bunyian psychedellic daripada The Temples aritu.. Tapi oklaa dia jugak pun yg suruh BBC upkan band tu dulu tapi korang boleh dengar kemeriahan psychedelic dibalut electro . . Fort Knox .. Its A Beautiful World.. Sedikit electronic heroes nyer idea untuk added drama dan big produc nye album.. Kanye West pun dia harung sekali kata Noel.. Single High Mountain sebelum album luncur ujung tahun aritu kecoh cilok satu punk rocker klasik dari Perancis.. Keep on Reaching adalah Rock n roll wrestle dan berlumba dengan orkestra. She Taught Me How to Fly adalah Oasis dengan suara latar bersahut sahut..   Be Careful What You Wish For  dan Black & White Sunshine prove dia masih menunjukkan plucking dan guitarplaying yang superb.. Takde la bergantung sangat dekat instrumen dan elektro tadi walaupun dua lagu tu masih disokong instrument lain untuk jadi "penuh".. Dead in the Water sedih betul bunyinya.. Love is the Law pulak rancak.. Masuk2 macam Lemahl Neverending Story tapi lari sikit tetengah..
 Dan ujung tu baru laa dia jd diri dia balik.. Iaitu acoustic dan itulaa yang best pun .. Sebab itula diri dia bermain gitar dan catchy simple melodi.. Favorite aku

BRIGHT (Overbrook Entertainment, Netflix 2017)

Satu lagi filem yang agak menarik tetapi tidak diperkatakan sangat oleh rakyat Malaysia.. Mungkin kerana ia hanya berlangsung di stream Tv Pc Netflix.. Dan orang ingat Bright ni cuma telemovie.  Or Netflix pun memang banyak lagi pilihan movies dan tv series. Seriusly underrated jugak.. Sebab di Barat pun critics balun kaw2 dan rate cerita ni teruk. Indiewire misalnya letakkan filem ni "The worst of 2017".. Tetapi sambutan dan reaksi penonton esp pelanggan di Netflix sangat memberangsangkan dengan filem ni sebagai stream paling banyak tontonan. Haa cemana tu? Nampaknya Will Smith masih berpengaruh walaupun dah agak suam2.. Selepas HANCOCK.. dan tak muncul utk sequel INDEPENDENCE DAY seperti diimpikan ramai..                                                        Well.. filem ini sebenarnya ialah cop- buddy- action- fantasy dengan idea yg agak best.. Timeline adalah sekarang .. Tapi ada manusia dan Elves.. Ada Orc dalam komuniti tu.. Ada pari- pari yg menganggu.  Semua ni hidup bersama sekarang.  Bayangkan LETHAL WEAPON dalam suasana yg near dystopia. Whewww.. Memang hebat premis tu. Elves digambarkan sebagai sangat bangsawan.  Macam Vampire or Count dracula. Orc pulak sama macam manusia.. But mostly gangsters dan gelandangan.
                                                             Filem ni sebenarnya disokong kuat oleh lagu- lagu hip hop collabo artis semasa.. Tapi ada jugak alternative rock.. Ada pop.. Ada Tom Morello di situ.. Ada mamat Bastille.  (Kalau 90an dulu SPAWN Movie mood gini.. Hip hop vs metal.. Then baru geng2 rap- Nu- metal eg. Korn dan Limp Bizkit naik..).. Tak jauh dari movie pun pertengahan tahun lepas David Ayer adalah pengarah yang sama berikan kita SUICIDE SQUAD THE MOVIE.. Mood OST pun sama.. Pop alternative dan hip hop.               Pergerakan dan flow cerita kemas dan menarik. Tema good cop bad cop diselitkan jugak. Tema kemasyarakatan dan kritik sosial pun disampaikan sekali. Bagaimanapun ada aksi villain tu yg mcm copy 90s chinese HK stunt dan gaya gaduh.. Dan flow cerita to the end sedikit tak syok.  Will Smith dengan gaya poyo dia mcm biasa.. Orc police tu mmg best sebagai good cop dengan prinsip.. Dialog dialog yang berlangsung antara Ward dan Jacoby mmg banyak yang best dan ada jugak yg lawak.

Wednesday, December 06, 2017

LIAM GALLAGHER As You Were (Warner Bros 2017)

Album ni bermula dengan acahan yabg menarik Wall of Glass Jun lalu di mana aku sendiri xperasan lagu tu..  Asalnya nak cari Castle of Glass Linkin Park..alih alih ada plak lagu baru dan berita album solo beliau. Lagu Wall of Glass adalah rock n roll yg penuh dan tight..  Semacam Jack White nye stuff..             Band dia-Beady Eyes memang dah mantap line up. High Flying Birds abang dia jangan ceritala.. Sama sama power..  Pertikaian antara diorang yang tak ada tanda mereda tu kita biarkan ajelah dulu..                                                Album solo ni memperlihatkan Liam yg badass..  Loud. Dan brash.  Lagu Greedy Soul misalnya terlihat..  Tapi sisi merdu dari pengaruh seperti Beatles..  The Rolling Stones dan band diorang sendiri ada dalam For What Its Worth..When I'm In Need-  Bold..  dan I Get By..  Secara lirikal pembuka For What Its Worth tu boleh disalahertikan macam Liam membuang ego dengan menghulur kemaafan kepada abang beliau..  tapi gasenya macam lagu jiwang jugak..  Genius!! Sekali dengo macam Champagne Supernova pun ada gak sket...  Bold pun merdu semacam.. Terbuai aku.. Chinatown macam bukan Oasis stuff..  Agak refreshing pada aku.. Agak tak sangka datang daripada Liam..  Tu semua lagu lagu personal favourite aku..  Kat situ aku nampak ada nama Grech Marguerat sebagai co- producer.. Of course  laa band terpenting indie UK dia da lahirkan..

Wednesday, November 29, 2017

JESSE COOK Beyond Borders eOne Music 2017

Jesse Cook mungkin bukan sebuah komoditi Kanada atau profile popular tapi siapa otai jazz.. diggin world music.. Dan flamenco guitar pasti kenal beliau yg sangat otai ..terutama plucking dia yg absurd powerfulnyo itu.. Beyond Borders dihasilkan dua tahun selepas One World (2015).. yg gambo pokok album art dio.. Aku xlayan  heheh sebab Rumba Foundation (2009) dah perfect gilo.. Lepaih tu ada Blue Guitar Session (2012).. Dan mmg lagu Gaita yang
rancak..happening dan dramatik dari Rumba ada lagi dalam Hembra dan keseluruhan projection termasuk title track yg juga opening album dan Double Dutch.. Tetapi slower number pun ok jugak.. Macam Wisdom of Thousand Years dengan suara belakang a la padang pasirun.. Ami Nina. Unchosen dan Above the Rain- kesemua ada moment dan sangat soothing.. Breakaway daripada permasalahan idup korang.. Bak kata Jesse Cook..terhadap lagu- lagunya kali ni.. Lagu sodeh dalam album ni menjadi lebih sedih.. Huhu.. Bunyian tradisional pulak dibuat dengan pendekatan baru..

Tuesday, November 07, 2017

WALKING DEAD Season 8 Epi 1- 3 Recap

Haha berupdate pun blog.. kalau xde ini show aku pun xtau nak sembang apa. Ubder tagged dan alertkan aku so many new action/ fighting- prison movies... on Facebook wall.. tapi aku xde chance nak catch up..                                               Untuk ini show.. dua episode pertama mmg sangat merimaskan. Aku ni loyal tapi aku rasa Epi 1 dan Epi 2 xmengujakan langsung. Epi 1  dibuka dengan agak baik di mana Carl berada di gas station sebagai imbauan terhadap Season 1 Epi 1 yg classy dan classic.. kemudian diorang tunjuk geng Rick dah ready.. pehtu the show main balik flash forward ke old man Rick tapi dalam kelabu a la post syorga.. sebab rumors kunun nak matikan Rick tak ikut komik.. kita diyakinkan yang Rick gempur Saviour dan Negan di Sanctuary.  Tapi tembak menembak tak setim langsung.. walapun cabar mencabar tu menarik.. moment Negan dah terkepung tu ok la jugak tapi funny as well.. tapi ada satu teori mengaitkan Father Gabriel yang licik ni mungkin berpakat dengan Negan all these days.. (and years untuk kita..)- mengenangkan macamana Rick leh tertipu dengan Thrash People di ujung Season 7 aritu..                             Kita  terus kr Epi 2 where Group Rick dibahagi empat..  tapi nampaknya geng Aaron- Eric lead gak yang nampak bersungguh dan smart.. yg lain lain- terutama King Ezekiel dan Carol tahapa2..  mamat tu still bercakap a la bangsawan.. dulu masa dia mula muncul Season 7 aku enjoy lagi.. sekarang dah xsyok. Dah overdoing.. lame tahap teruk. Even ada rimau pet CGI dia around pun.. moment Geng2 Savior bercakap sesama depa yg dikesan geng baik/ hero melalui walkie talkie pun dah xmenakutkan seperti dulu sebab aksi diorang yg hambar.. lagi memualkan bila Jesus dah kenapa dengan moral dan baik sangat... geng2 Eric dan Aaron berjuang nampak sedap dan meyakinkan.. Meletakkan Morales dr Season 1 untuk tutup Epi 2 pun xsyok.. sebab Epi 3 .. main2 emosi dan flashback.dia dengan Rick zaman perlindungan diorang dan point diorang berpisah dlu. Pehtu Daryl bunuh.. dahhh gitu.. moment disayat sayat lagi masa Eric dah animate jadi Zombie dan Aaron kekasih gay menangis dari jauh.. Gregory menyemak lagi kat Hilltop tu oklaa.. mmg patut ada watak gitu ... tapi senang sangat geng Saviour tu kalah dan surrender tahapa pulak.. Morgan yang tiba tiba merepek.. tapi dia bergaduh dengan Jesus tu best pulakkkkk.. haha... dan Ezekiel kena ambush di kawasan terbuka.. tu baru syok dan soh loyal fans holding back selepas xpuas hati pacing Epi 2 yang tiresome.. 40 min dengan lakonan teruk..                                                    Nampaknya tema ALL OUT WAR untuk season ni belum ditunjukkan sepenuhnya atau all out.. mungkin jugak krisis dalaman producer disaman pencipta asal ni kacau jugak krew dan actors..mungkin jugak laa..

Saturday, October 07, 2017

MASCHARAT (Séance Records, 2017)

Baguihnya handset aku bila tak bertop up atau berdata...newsfeed aku or Google aku alertkan macam- macam cool stuff dan news berdasarkan kecenderungan dan minat... Mascharat ni adalah satu daripadanya. Entah apa review tu merepek. Sebaik saja aku berdata terus aku cari bandcamp diorang. Perghhhh.. tak sangka ada music dark metal yang merdu dari Italy. Dipanggil sebagai Reinassance Black Metal..diorang memang layak claim begitu. Dengarkan Iniziazione atau lagu keratan keenam Simulacri. Gitar yang menarik dari lagu tu...pasti terkonang band band segenre sama atau System of A Down sama..