Saturday, January 27, 2018

BRIGHT (Overbrook Entertainment, Netflix 2017)

Satu lagi filem yang agak menarik tetapi tidak diperkatakan sangat oleh rakyat Malaysia.. Mungkin kerana ia hanya berlangsung di stream Tv Pc Netflix.. Dan orang ingat Bright ni cuma telemovie.  Or Netflix pun memang banyak lagi pilihan movies dan tv series. Seriusly underrated jugak.. Sebab di Barat pun critics balun kaw2 dan rate cerita ni teruk. Indiewire misalnya letakkan filem ni "The worst of 2017".. Tetapi sambutan dan reaksi penonton esp pelanggan di Netflix sangat memberangsangkan dengan filem ni sebagai stream paling banyak tontonan. Haa cemana tu? Nampaknya Will Smith masih berpengaruh walaupun dah agak suam2.. Selepas HANCOCK.. dan tak muncul utk sequel INDEPENDENCE DAY seperti diimpikan ramai..                                                        Well.. filem ini sebenarnya ialah cop- buddy- action- fantasy dengan idea yg agak best.. Timeline adalah sekarang .. Tapi ada manusia dan Elves.. Ada Orc dalam komuniti tu.. Ada pari- pari yg menganggu.  Semua ni hidup bersama sekarang.  Bayangkan LETHAL WEAPON dalam suasana yg near dystopia. Whewww.. Memang hebat premis tu. Elves digambarkan sebagai sangat bangsawan.  Macam Vampire or Count dracula. Orc pulak sama macam manusia.. But mostly gangsters dan gelandangan.
                                                             Filem ni sebenarnya disokong kuat oleh lagu- lagu hip hop collabo artis semasa.. Tapi ada jugak alternative rock.. Ada pop.. Ada Tom Morello di situ.. Ada mamat Bastille.  (Kalau 90an dulu SPAWN Movie mood gini.. Hip hop vs metal.. Then baru geng2 rap- Nu- metal eg. Korn dan Limp Bizkit naik..).. Tak jauh dari movie pun pertengahan tahun lepas David Ayer adalah pengarah yang sama berikan kita SUICIDE SQUAD THE MOVIE.. Mood OST pun sama.. Pop alternative dan hip hop.               Pergerakan dan flow cerita kemas dan menarik. Tema good cop bad cop diselitkan jugak. Tema kemasyarakatan dan kritik sosial pun disampaikan sekali. Bagaimanapun ada aksi villain tu yg mcm copy 90s chinese HK stunt dan gaya gaduh.. Dan flow cerita to the end sedikit tak syok.  Will Smith dengan gaya poyo dia mcm biasa.. Orc police tu mmg best sebagai good cop dengan prinsip.. Dialog dialog yang berlangsung antara Ward dan Jacoby mmg banyak yang best dan ada jugak yg lawak.

No comments: